Assalamualaikum,
Dalam posting kali ini saya ingin memberi sedikit maklumat mengenai Akaun Peserta & Akaun Khas Peserta. Bagi ejen-ejen takaful perkara ini tidak asing lagi kepada mereka, namun kepada peserta yang baru hendak menyertai takaful maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka memahami ke mana perginya duit yang mereka sumbangkan setiap bulan.Sumbangan peserta takaful akan dibahagikan kepada dua iaitu:
Akaun Peserta (AP)
Akaun Peserta ialah pecahan bahagian sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan peserta sendiri. Maknanya, setiap bahagian yang disumbangkan ke dalam AP adalah simpanan peserta dan jumlah terkumpul di dalam AP adalah 100% hak milik peserta. Akaun ini dilaburkan oleh pihak syarikat dan keuntungan daripada akaun ini dibahagi dua antara peserta sebagai pemodal dan syarikat sebagai pengusaha pada satu nisbah yang ditetapkan. Jumlah yang dimasukkan ke dalam AP ini mungkin berbeza antara satu pelan dengan pelan yang lain mengikut persetujuan peserta.
Akaun Khas Peserta (AKP)
AKP ialah bahagian sumbangan yang dimasukkan ke dalam dana di mana wang sumbangan inilah digunakan bagi membayar segala manfaat kepada peserta yang ditimpa musibah. Wang sumbangan ini juga digunakan untuk membayar upah atau komisen kepada para wakil dan pengurusan syarikat pada kadar tertentu. Akaun in dilaburkan oleh syarikat dan segala keuntungan dibahagi dua, antara peserta sebagai pemodal dengan syarikat sebagai pengusaha pada satu nisbah yang telah ditetapkan. Jumlah yang dimasukkan ke dalam AKP juga mungkin berbeza anatara satu pelan dengan pelan yang lain.
Informasi di atas saya petik dari buku Buat Duit sebagai Ejen Insurans dan Takaful. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment