Friday, June 21, 2013

Takaful Penjana Ekonomi Ummah

Takaful Sebagai Penjana Ekonomi Ummah, bagaimana?

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab, Kafala. Konsep Takaful bertujuan menggalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Daripada pengertian Takaful itu sendiri adalah jelas matlamat Takaful adalah untuk mewujudkan masyarakat yang saling bantu-membantu serta cakna antara satu sama lain. Islam sebagai agama yang sempurna jelas menyuruh kita membelanjakan harta untuk mencari keridhaan Allah.

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yan terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” (Al-Baqarah 265)

Berbalik kepada persoalan bagaimana peranan Takaful sebagai penjana ekonomi manusia. Melalui sumbangan bulanan oleh peserta-peserta Takaful maka terkumpul satu dana yang besar yang akan digunakan untuk membantu peserta yang dilanda musibah. Seseorang yang dilanda musibah, antara perkara utama yang menjadi kekangan adalah kewangan, bayangkan keadaan seorang isteri/ibu yang kehilangan ketua keluarga kena meneruskan kehidupan dengan anak-anak. Maka di sinilah Takaful memainkan peranan, dana daripada Akaun Khas Peserta (AKP) akan digunakan untuk membantu rakan peserta yang ditimpa musibah mengikut tahap risiko yang telah diambil.

Dengan wang Takaful yang diterima sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban keluarga yang dilanda musibah, anak-anak yatim sudah ada dana pendidikan dan isteri yang kehilangan suami punyai dana untuk teruskan kelansungan hidup. Walaupun mungkin jumlahnya tidak banyak (bergantung pada tahap risiko yg di ambil) tapi ianya mampu meringankan bebanan kewangan keluarga dan dapat memberi sedikit ruang untuk membuat perancangan ekonomi seterusnya. Dalam konteks inilah pada pandangan saya Takaful berfungsi sebagai penjana ekonomi ummah.

Dato’ Dr Ismail Kamus, “duit yang ada dalam kocek belum tentu hak kamu, tapi duit yang kamu sedekahkan itulah hak kamu.”


Hadith riwayat Bukhari "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.”