Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab,
Kafala. Konsep Takaful bertujuan menggalakkan tolong menolong dan perpaduan di
kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau
menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Daripada pengertian Takaful itu
sendiri adalah jelas matlamat Takaful adalah untuk mewujudkan masyarakat yang
saling bantu-membantu serta cakna antara satu sama lain. Islam sebagai agama
yang sempurna jelas menyuruh kita membelanjakan harta untuk mencari keridhaan
Allah.
“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari
keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yan
terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu
menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya maka
hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.”
(Al-Baqarah 265)
Berbalik kepada persoalan bagaimana
peranan Takaful sebagai penjana ekonomi manusia. Melalui sumbangan bulanan oleh
peserta-peserta Takaful maka terkumpul satu dana yang besar yang akan digunakan
untuk membantu peserta yang dilanda musibah. Seseorang yang dilanda musibah, antara
perkara utama yang menjadi kekangan adalah kewangan, bayangkan keadaan seorang
isteri/ibu yang kehilangan ketua keluarga kena meneruskan kehidupan dengan
anak-anak. Maka di sinilah Takaful memainkan peranan, dana daripada Akaun Khas
Peserta (AKP) akan digunakan untuk membantu rakan peserta yang ditimpa musibah
mengikut tahap risiko yang telah diambil.
Dengan wang Takaful yang diterima
sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban keluarga yang dilanda musibah,
anak-anak yatim sudah ada dana pendidikan dan isteri yang kehilangan suami punyai
dana untuk teruskan kelansungan hidup. Walaupun mungkin jumlahnya tidak banyak (bergantung pada tahap risiko yg di ambil) tapi ianya mampu meringankan bebanan kewangan keluarga dan dapat memberi
sedikit ruang untuk membuat perancangan ekonomi seterusnya. Dalam konteks
inilah pada pandangan saya Takaful berfungsi sebagai penjana ekonomi ummah.
Dato’ Dr Ismail Kamus, “duit yang ada dalam kocek belum tentu hak kamu,
tapi duit yang kamu sedekahkan itulah hak kamu.”
Hadith
riwayat Bukhari "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan
lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.”
No comments:
Post a Comment