Wednesday, January 9, 2013
Mana Satu Pilihan Anda, Cara A atau Cara B?
Jika anda ada RM100 untuk simpanan bulanan buat pelajaran anak tersayang mana yang anda pilih, cara A atau cara B (lihat lakaran di bawah).
Cara A
Anda bermula dengan tabung kecil melalui simpanan bulanan ke akaun simpanan, tabung haji atau mana-mana simpanan bagi mencapai matlamat tabung besar. Katakan jangkamasa 20 tahun untuk sampai ke matlamat tabung besar. Adakah ianya pasti tercapai? Dalam perjalanan menuju ke tabung besar sudah pasti ada kemungkinan yang tak mampu kita duga, maka matlamat untuk capai tabung besar belum dapat dipastikan lagi. Andainya dipertengahan jalan berlaku musibah yang membuatkan kita tidak mampu mencarum lagi, dana untuk anak tersayang telah terhenti di kawasan berlorek merah seperti lakaran di bawah.
Cara B
Masih sama, anda membuat sumbangan bulanan RM100 tapi kali ini dengan Takaful Education Plan. Maknanya anda telah mengaktifkan tabung besar untuk anak anda. Anda tidak perlu risau lagi jika dipertengahan jalan ada musibah yang menimpa diri dan anda tidak lagi berupaya mencarum. Takaful akan melunaskan sumbangan bulanan anda. Dengan Takaful, tabung besar untuk anak anda telah tersedia sebaik sahaja anda buat sumbangan pertama.
RENUNG-RENUNGKANLAH DEMI MASA DEPAN ANAK TERSAYANG, BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK HARI INI. ANDAINYA CARA B PILIHAN ANDA, HUBUNGI SAYA UNTUK ILUSTRASI PERCUMA BUAT SI MANJA DAN JUGA DIRI ANDA.

Sunday, January 6, 2013
Kisah Lelaki Cina (LC) & Blogger (B):
Assalamualaikum,
Kisah yang dipaparkan dibawah ini saya sunting dari buku Jumaat Bersama Tok Guru, karangan Ann Wan Seng
LC: Selama awak bekerja di takaful, berapa ramai orang melayu yg cakap tiada duit mahu ambil takaful?
B: Boleh tahan juga ramainya. Bila diajak menyertai takaful, masing2 mengatakan tiada duit. Hendak digunakan membeli kelengkapan perayaan, kelengkapan sekolah, minggu hadapan sahaja lah... dan akhirnya cancel.
LC: Orang Melayu sebenarnya baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they sooo stupid! I don't want to insult you, but that the truth.
B: Terkejut & rasa nak marah pun ada.
LC: I'm sorry sebab I cakap mcm tu, but when you see lot of Chinese shop yg menjual handphone, casing handphone, benda2 bodoh mcm spongebob, dragonball that they put at their phone is useless.
LC: But the buyer is Malay also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing. But when it come to saving for future, education they keep saying - just borrow. I thought that Islam thought you to settle your debt sebelum mati kan?
B: Terdiam.
LC: Dulu I pernah juga menjadi insurans ejen, but not too long sebab after my father meninggal dunia, I jaga bisnesnya. Tetapi yang bagusnya, apabila meninggal dunia, insurans diberikan pada kami sekeluarga RM500,000 for the coverage. You ingat kita boleh buka bisnes kalau tiada duit? Duit coverage inilah buat modal utk buka bisnes dan juga utk byr hutang... You kira bagus sebab melakukan perkerjaan ini, my Ustaz tell me that doing takaful also part of dakwah. You do takaful halal, insurans haram.
Kalau kita renungkan ada betulnya kenyataan lelaki Cina itu. Orang Melayu lebih rela membayar bil astro, bil telefon yang tinggi, belanja beli rokok dan lain2 perkara lagi daripada membayar sumbangan takaful. Malah bila berlaku sedikit kesempitan kita lebih rela tak bayar sumbangan takaful daripada bil astro sebab takut tak dapat rancangan kegemaran. Maknaya kita lebih rela mengkayakan orang lain daripada mengkayakan diri dan keluarga sendiri. Agaknya kad astro boleh bawa ke hospital bila sakit kot....?

Akaun Peserta & Akaun Khas Peserta
Assalamualaikum,
Dalam posting kali ini saya ingin memberi sedikit maklumat mengenai Akaun Peserta & Akaun Khas Peserta. Bagi ejen-ejen takaful perkara ini tidak asing lagi kepada mereka, namun kepada peserta yang baru hendak menyertai takaful maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka memahami ke mana perginya duit yang mereka sumbangkan setiap bulan.Sumbangan peserta takaful akan dibahagikan kepada dua iaitu:
Akaun Peserta (AP)
Akaun Peserta ialah pecahan bahagian sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan peserta sendiri. Maknanya, setiap bahagian yang disumbangkan ke dalam AP adalah simpanan peserta dan jumlah terkumpul di dalam AP adalah 100% hak milik peserta. Akaun ini dilaburkan oleh pihak syarikat dan keuntungan daripada akaun ini dibahagi dua antara peserta sebagai pemodal dan syarikat sebagai pengusaha pada satu nisbah yang ditetapkan. Jumlah yang dimasukkan ke dalam AP ini mungkin berbeza antara satu pelan dengan pelan yang lain mengikut persetujuan peserta.
Akaun Khas Peserta (AKP)
AKP ialah bahagian sumbangan yang dimasukkan ke dalam dana di mana wang sumbangan inilah digunakan bagi membayar segala manfaat kepada peserta yang ditimpa musibah. Wang sumbangan ini juga digunakan untuk membayar upah atau komisen kepada para wakil dan pengurusan syarikat pada kadar tertentu. Akaun in dilaburkan oleh syarikat dan segala keuntungan dibahagi dua, antara peserta sebagai pemodal dengan syarikat sebagai pengusaha pada satu nisbah yang telah ditetapkan. Jumlah yang dimasukkan ke dalam AKP juga mungkin berbeza anatara satu pelan dengan pelan yang lain.
Informasi di atas saya petik dari buku Buat Duit sebagai Ejen Insurans dan Takaful. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Comments (Atom)