Bersediakah kita dari segi ekonomi dalam menghadapi situasi yang tidak diduga yang boleh menjejaskan ekonomi dan kebahagiaan keluarga. Gambar dibawah adalah sebahagian daripada situasi yang berlaku di sekiling kita setiap hari, mungkin juga ada di kalangan sahabat kita yang telah mengalami situasi yang sama. Semua orang tidak mahu menghadapi musibah yang boleh menjejaskan ekonomi dan kebahagian keluarga. Setiap hari kita berdoa kepada Allah agar kita dan keluarga kita dihindarkan daripada sebarang kecelakaan.
Allah itu Maha Perancang ke atas segala sesuatu dan kita tidak mampu untuk menduga apa yang bakal berlaku. Namun, masih belum terlambat untuk kita merancang sesuatu untuk ekonomi keluarga kita dan untuk insan-insan yang tersayang. Ketika keadaan yang masih sihat inilah kita buat perancangan kerana bila sudah ditimpa musibah tiada gunanya lagi. Kita mungkin tidak punya harta yang banyak untuk ditinggalkan untuk insan-insan tersayang andainya berlaku musibah pada kita sebagai tunjang ekonomi keluarga tapi dengan pelan TAKAFUL kita mampu meninggal sesuatu untuk mereka.
Saya tidak pandai untuk membuat karangan, tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah dengan pelan TAKAFUL mampu mengubah nasib keluarga kita sekiranya berlaku musibah pada diri kita. Dengan TAKAFUL juga kita dapat melakukan amal jariah untuk saham akhirat.
Rebutlah peluang ada sebelum terlambat. Bertindak sekarang.
Hadith riwayat Bukhari"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".
|
.
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim"Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu".
|
.
Hadith riwayat Ibnu Majah"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia".
|
.
Hadith riwayat Ahmad"Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit".
|
a) Seorang Bapa koma dan lumpuh akibat kemalangan jalan raya.
b) Seorang Bapa maut ketika menghantar anak ke sekolah kerana kecuaian seorang pemandu membuat pusingan U secara tiba-tiba.


No comments:
Post a Comment