Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Daripada definisi di atas dapatlah dihuraikan bahawa 3 prinsip utama Takaful adalah:
- Saling bertanggungjawab
Peserta-peserta di bawah pelan takaful bersetuju saling bertanggungjawab antara satu sama
lain.
- Saling bekerjasama
Para peserta bersetuju bagi bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
- Saling lindung-melindungi
Peserta bersetuju saling lindung melindungi antara satu sama lain daripada sebarang
kesusahan atau bencana.
Kontrak takaful pula terdiri daripada dua akad yang penting iaitu tabarru'at atau derma ikhlas brsyarat dan wakalah atau wakil dan akad sampingan iaitu mudharabah atau perkongsian lebihan.
.
No comments:
Post a Comment