Perkataan takut rugi masih lagi kedengaran dari mulut pemegang-pemegang polisi insurans konvensional yang sedia ada bila mana perunding takaful syorkan supaya mereka membatalkan polisi insurans konvensional. Walau apa pun elok lah kita bersangka baik pada mereka kerana mungkin mereka tidak mendapat maklumat tentang status insurans konvensional semasa mereka hendak ambil polisi tersebut. Kita doakanlah yang terbaik buat mereka. Sebagai perunding takaful kita mungkin merasa ralat kerana tak dapat hijrah kan mereka. Namun kita masih mendapat ganjaran atas perkara baik yang telah kita sampaikan.
Kepada yang masih ragu-ragu untuk menamatkan polisi insurans konvensional kerana takut rugi renung-renungkanlah situasi ini:
"Katakanlah kita beli makanan dan oleh kerana kurang maklumat kita tak tahu yang makanan itu tidak halal sebenarnya. Datang seorang yang lebih arif dari kita lalu katanya, tuan makanan yang tuan beli tu tak halal dan disertakan dengan bukti status makanan itu. Apakah kita akan berkata, saya sayang nak buang makanan ini kerana takut rugi sebab dah keluarkan wang belanja untuk membelinya. Apakah kita akan terus memakan makanan tersebut kerana takut rugi walaupun dah jelas statusnya. Tapi saya percaya kalau makanan bila dah tahu statusnya yang tidak halal pasti kita akan buang dan dah tak fikir lagi soal ruginya. Apa pulak kena mengena makanan dan polisi insurans konvensional? Ya betul, makanan dan polisi insurans dari segi zahirnya adalah dua perkara yang berbeza tapi dari segi hukumnya sama, kalau makanan tadi haram untuk dimakan dan insurans konvensional juga telah difatwakan haram . Jadi, kalau makanan itu tadi kita boleh buang kerana haram di makan kenapa masih ragu-ragu lagi nak terminate insurans konvensional. Takut rugi? Biarlah kita rugi sedikit daripada kita rugi untuk selama-lamanya."
Wallahu A'lam...
No comments:
Post a Comment