Monday, December 23, 2013

JOM BERLINDUNG SAMBIL MENABUNG DAN BERAMAL DENGAN PRUBSN TAKAFUL

Diatas adalah sebahagian dari keratan akhbar yang berkisar tentang musibah dan masalah yang dihadapi masyarakat kita.

Apakah yang anda belajar dari keratan diatas?

Adakah anda mampu menjangkakan perkara sedemikian?


Kenapa harus berlengah lagi? Aktifkan PELAN PERLINDUNGAN ketika anda masih sihat dan berkemampuan



Kami Menawarkan PruBSN LINK SERIES, Pelan 3 Dalam 1



PERLINDUNGAN
KAD PERUBATAN
SIMPANAN
ü Kematian
ü Kemalangan
ü Hilang Upaya Kekal
ü Elaun Hospital
ü Elaun Pembedahan
ü Elaun ICU
ü Khairat Kematian
ü Pengecualian Sumbangan
a.   36 penyakit kritikal
b.   Hilang Upaya Kekal
c.   Kematian

ü Kad Perubatan yang tinggi sehingga RM4 juta seumur hidup
ü Lebih 70 panel hospital yang ekslusif
ü Had bilik seharian sehingga RM1,000 sehari
ü Elaun Tunai Wad
ü Perlindungan penuh untuk bil perubatan
ü Pampasan untuk 8 jenis kompilasi kehamilan  
ü Rawatan sebelum masuk dan rawatan susulan selepas keluar hospital
ü Rawatan Penyakit Kanser
ü Pembedahan harian
ü Pelaburan berlandaskan Syariah
ü Kadar pulangan yang tinggi
ü Dana Pelaburan boleh ditukar pada bila-bila masa
ü Boleh menambah dan mengeluarkan dana pelaburan
ü  Melabur untuk dana pendidikan anak / persaraan anda  



Dapatkan nasihat PERCUMA sekarang 
CALL, SMS, WHATSAPP
0192923824 (Azman)
0133495304 (Hanie)


Friday, June 21, 2013

Takaful Penjana Ekonomi Ummah

Takaful Sebagai Penjana Ekonomi Ummah, bagaimana?

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab, Kafala. Konsep Takaful bertujuan menggalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Daripada pengertian Takaful itu sendiri adalah jelas matlamat Takaful adalah untuk mewujudkan masyarakat yang saling bantu-membantu serta cakna antara satu sama lain. Islam sebagai agama yang sempurna jelas menyuruh kita membelanjakan harta untuk mencari keridhaan Allah.

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yan terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” (Al-Baqarah 265)

Berbalik kepada persoalan bagaimana peranan Takaful sebagai penjana ekonomi manusia. Melalui sumbangan bulanan oleh peserta-peserta Takaful maka terkumpul satu dana yang besar yang akan digunakan untuk membantu peserta yang dilanda musibah. Seseorang yang dilanda musibah, antara perkara utama yang menjadi kekangan adalah kewangan, bayangkan keadaan seorang isteri/ibu yang kehilangan ketua keluarga kena meneruskan kehidupan dengan anak-anak. Maka di sinilah Takaful memainkan peranan, dana daripada Akaun Khas Peserta (AKP) akan digunakan untuk membantu rakan peserta yang ditimpa musibah mengikut tahap risiko yang telah diambil.

Dengan wang Takaful yang diterima sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban keluarga yang dilanda musibah, anak-anak yatim sudah ada dana pendidikan dan isteri yang kehilangan suami punyai dana untuk teruskan kelansungan hidup. Walaupun mungkin jumlahnya tidak banyak (bergantung pada tahap risiko yg di ambil) tapi ianya mampu meringankan bebanan kewangan keluarga dan dapat memberi sedikit ruang untuk membuat perancangan ekonomi seterusnya. Dalam konteks inilah pada pandangan saya Takaful berfungsi sebagai penjana ekonomi ummah.

Dato’ Dr Ismail Kamus, “duit yang ada dalam kocek belum tentu hak kamu, tapi duit yang kamu sedekahkan itulah hak kamu.”


Hadith riwayat Bukhari "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.”

Sunday, May 12, 2013

Permata Hati Ku

















Wahai Permata Hati Ku;
Ku tak mampu belikan mainan yang mahal-mahal sebagi mainan mu.
Ku tak mampu belikan pakaian berjenama untul melitupi tubuh mu.
Ku belum berkemampuan menyediakan mahligai indah buat mu berteduh siang dan malam.
Ku tak mampu membawa mu makan di restoran ternama.
Ku tak mampu membawa mu melancong merentas sempadan benua.
Ku jua tak berupaya menabung setiap bulan ke akaun simpanan mu. Takut nanti ajal ku tiba sebelum sempat aku sempurnakan tabung besar untuk mu.


Namun,
Telah ku sediakan sesuatu untuk mu...
Inilah hadiah yang paling istimewa dari ku untuk mu wahai permata hati ku.




Saturday, February 9, 2013

Bersediakakah Kita?

Bersediakah kita dari segi ekonomi dalam menghadapi situasi yang tidak diduga yang boleh menjejaskan ekonomi dan kebahagiaan keluarga. Gambar dibawah adalah sebahagian daripada situasi yang berlaku di sekiling kita setiap hari, mungkin juga ada di kalangan sahabat kita yang telah mengalami situasi yang sama. Semua orang tidak mahu menghadapi musibah yang boleh menjejaskan ekonomi dan kebahagian keluarga. Setiap hari kita berdoa kepada Allah agar kita dan keluarga kita dihindarkan daripada sebarang kecelakaan.

Allah itu Maha Perancang ke atas segala sesuatu dan kita tidak mampu untuk menduga apa yang bakal berlaku. Namun, masih belum terlambat untuk kita merancang sesuatu untuk ekonomi keluarga kita dan untuk insan-insan yang tersayang. Ketika keadaan yang masih sihat inilah kita buat perancangan kerana bila sudah ditimpa musibah tiada gunanya lagi. Kita mungkin tidak punya harta yang banyak untuk ditinggalkan untuk insan-insan tersayang andainya berlaku musibah pada kita sebagai tunjang ekonomi keluarga tapi dengan pelan TAKAFUL kita mampu meninggal sesuatu untuk mereka.  

Saya tidak pandai untuk membuat karangan, tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah dengan pelan TAKAFUL mampu mengubah nasib keluarga kita sekiranya berlaku musibah pada diri kita. Dengan TAKAFUL juga kita dapat melakukan amal jariah untuk saham akhirat.

Rebutlah peluang ada sebelum terlambat. Bertindak sekarang.


Hadith riwayat Bukhari"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".
.
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim"Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu".
.
Hadith riwayat Ibnu Majah"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia".
.
Hadith riwayat Ahmad"Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit".




a) Seorang Bapa koma dan lumpuh akibat kemalangan jalan raya.



 
 b) Seorang Bapa maut ketika menghantar anak ke sekolah kerana kecuaian seorang pemandu membuat pusingan U secara tiba-tiba.


Monday, January 28, 2013

Ramai yang Masih Keliru Dengan Syarikat Takaful

Baru-baru ini dalam laman facebook seorang rakan saya, ada seorang ejen yang mempertikaikan tentang kepatuhan Shariah sesebuah syarikat takaful. Dakwanya lagi hanya satu sahaja syarikat takaful sahaja yang patuh Shariah, alasannya adalah hanya syarikat ini sahaja yang tersenarai dalam urusniaga patuh Shariah di bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC). 

Memang betul hanya satu syarikat takaful sahaja yang tersenarai dalam urusniaga patuh Shariah di bawah SC. Namun kita kena faham apa fungsi SC, iaitu memantau urusniaga pasaran saham di Bursa Malaysia dan mereka akan mengkategorikan mana saham yang patuh Shariah dan tidak patuh Shariah. Buat masa ini hanya ada dua sahaja kaunter saham kewangan Islam yang diniagakan di Bursa Malaysia iaitu satu Bank dan satu lagi syarikat takaful. Lain-lain syarikat takaful mereka tidak mengeluarkan saham untuk diniagakan di Bursa Malaysia, maka sudah tentulah syarikat ini tidak tersenarai di bawah SC.

Sebagai seorang ejen takaful, apatah lagi ejen sepenuh masa selain daripada tahu mengenai produk-produk takaful yang ditawarkan kepada pelanggan mereka juga patut tahu bahawa sesebuah syarikat takaful itu adalah didaftarkan bawah Akta Takaful 1984. Akta Takaful 1984 adalah di bawah bidang kuasa BNM dan bukannya SC. Semua syarikat takaful yang beroperasi di Malaysia adalah tertakluk di bawah akta ini dan lain-lain garispanduan yang dikeluarkan oleh BNM dari semasa ke semasa.

Realitinya masih ramai ejen-ejen takaful yang tidak tahu berkenaan dengan Akta Takaful 1984. Maka atas kekurangan ilmu mereka akan memberi maklumat yang tidak tepat kepada pelanggan dan juga membuat perbandingan yang tidak tepat terhadap syarikat-syarikat takaful lain.

Akhir kata, saya hanya berkongsi sedikit maklumat yang saya tahu. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai akta takaful sila rujuk link di bawah. Wallahu a'lam


Wednesday, January 9, 2013

Pelan Takaful Untuk Anak Belum Lahir


Mana Satu Pilihan Anda, Cara A atau Cara B?


Jika anda ada RM100 untuk simpanan bulanan buat pelajaran anak tersayang mana yang anda pilih, cara A atau cara B (lihat lakaran di bawah).

Cara A 
 Anda bermula dengan tabung kecil melalui simpanan bulanan ke akaun simpanan, tabung haji atau mana-mana simpanan bagi mencapai matlamat tabung besar. Katakan jangkamasa 20 tahun untuk sampai ke matlamat tabung besar. Adakah ianya pasti tercapai? Dalam perjalanan menuju ke tabung besar sudah pasti ada kemungkinan yang tak mampu kita duga, maka matlamat untuk capai tabung besar belum dapat dipastikan lagi. Andainya dipertengahan jalan berlaku musibah yang membuatkan kita tidak mampu mencarum lagi, dana untuk anak tersayang telah terhenti di kawasan berlorek merah seperti lakaran di bawah.

Cara B
Masih sama, anda membuat sumbangan bulanan RM100 tapi kali ini dengan Takaful Education Plan. Maknanya anda telah mengaktifkan tabung besar untuk anak anda. Anda tidak perlu risau lagi jika dipertengahan jalan ada musibah yang menimpa diri dan anda tidak lagi berupaya mencarum. Takaful akan melunaskan sumbangan bulanan anda. Dengan Takaful, tabung besar untuk anak anda telah tersedia sebaik sahaja anda buat sumbangan pertama.

RENUNG-RENUNGKANLAH DEMI MASA DEPAN ANAK TERSAYANG, BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK HARI INI. ANDAINYA CARA B PILIHAN ANDA, HUBUNGI SAYA UNTUK ILUSTRASI PERCUMA BUAT SI MANJA DAN JUGA DIRI ANDA.




Sunday, January 6, 2013

Kisah Lelaki Cina (LC) & Blogger (B):

Assalamualaikum,

Kisah yang dipaparkan dibawah ini saya sunting dari buku Jumaat Bersama Tok Guru, karangan Ann Wan Seng



LC: Selama awak bekerja di takaful, berapa ramai orang melayu yg cakap tiada duit mahu ambil takaful?
B: Boleh tahan juga ramainya. Bila diajak menyertai takaful, masing2 mengatakan tiada duit. Hendak digunakan membeli kelengkapan perayaan, kelengkapan sekolah, minggu hadapan sahaja lah... dan akhirnya cancel.
LC: Orang Melayu sebenarnya baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they sooo stupid! I don't want to insult you, but that the truth.
B: Terkejut & rasa nak marah pun ada.
LC: I'm sorry sebab I cakap mcm tu, but when you see lot of Chinese shop yg menjual handphone, casing handphone, benda2 bodoh mcm spongebob, dragonball that they put at their phone is useless.
LC: But the buyer is Malay also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing. But when it come to saving for future, education they keep saying - just borrow. I thought that Islam thought you to settle your debt sebelum mati kan?
B: Terdiam.
LC: Dulu I pernah juga menjadi insurans ejen, but not too long sebab after my father meninggal dunia, I jaga bisnesnya. Tetapi yang bagusnya, apabila meninggal dunia, insurans diberikan pada kami sekeluarga RM500,000 for the coverage. You ingat kita boleh buka bisnes kalau tiada duit? Duit coverage inilah buat modal utk buka bisnes dan juga utk byr hutang... You kira bagus sebab melakukan perkerjaan ini, my Ustaz tell me that doing takaful also part of dakwah. You do takaful halal, insurans haram.

Kalau kita renungkan ada betulnya kenyataan lelaki Cina itu. Orang Melayu lebih rela membayar bil astro, bil telefon yang tinggi, belanja beli rokok dan lain2 perkara lagi daripada membayar sumbangan takaful. Malah bila berlaku sedikit kesempitan kita lebih rela tak bayar sumbangan takaful daripada bil astro sebab takut tak dapat rancangan kegemaran. Maknaya kita lebih rela mengkayakan orang lain daripada mengkayakan diri dan keluarga sendiri. Agaknya kad astro boleh bawa ke hospital bila sakit kot....?

Akaun Peserta & Akaun Khas Peserta

Assalamualaikum,

Dalam posting kali ini saya ingin memberi sedikit maklumat mengenai Akaun Peserta & Akaun Khas Peserta. Bagi ejen-ejen takaful perkara ini tidak asing lagi kepada mereka, namun kepada peserta  yang baru hendak menyertai takaful maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka memahami ke mana perginya duit yang mereka sumbangkan setiap bulan.Sumbangan peserta takaful akan dibahagikan kepada dua iaitu:

Akaun Peserta (AP)

Akaun Peserta ialah pecahan bahagian sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan peserta sendiri. Maknanya, setiap bahagian yang disumbangkan ke dalam AP adalah simpanan peserta dan jumlah terkumpul di dalam AP adalah 100% hak milik peserta. Akaun ini dilaburkan oleh pihak syarikat dan keuntungan daripada akaun ini dibahagi dua antara peserta sebagai pemodal dan syarikat sebagai pengusaha pada satu nisbah yang ditetapkan. Jumlah yang dimasukkan ke dalam AP ini mungkin berbeza antara satu pelan dengan pelan yang lain mengikut persetujuan peserta.

Akaun Khas Peserta (AKP)

AKP ialah bahagian sumbangan yang dimasukkan ke dalam dana di mana wang sumbangan inilah digunakan bagi membayar segala manfaat kepada peserta yang ditimpa musibah. Wang sumbangan ini juga digunakan untuk membayar upah atau komisen kepada para wakil dan pengurusan syarikat pada kadar tertentu. Akaun in dilaburkan oleh syarikat dan segala keuntungan dibahagi dua, antara peserta sebagai pemodal dengan syarikat sebagai pengusaha pada satu nisbah yang telah ditetapkan. Jumlah yang dimasukkan ke dalam AKP juga mungkin berbeza anatara satu pelan dengan pelan yang lain.

Informasi di atas saya petik dari buku Buat Duit sebagai Ejen Insurans dan Takaful. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Wallahu a'lam.